SINOPSIS NOVEL LANGIT PETANG
Langit Petang berkisarkan tentang tiga tokoh yang berbeza latar belakang, sikap
dan harapan akan tetapi mempunyai satu persoalan hidup yang sama: apakah yang
dicari dalam hidup ini.? Novel ini diterbitkan pada tahun 1980 dan mempunyai
latar masa sekitar zaman pascamerdeka (A.Samad Said, 1979)
Terdapat
tiga kisah atau tema iaitu kisah seorang pejuang kemerdekaan yang telah
memberikan seluruh jiwa dan raganya tetapi tidak menerima apa-apa penghargaan.
Namun beliau tidak menyesal malah berasa puas apabila melihat tanah air yang
diperjuangkan telah mencapai kemerdekaan. Sebaliknya mereka yang tidak berjuang
(menentang) kemerdekaan dahulunya kini telah pun mengecapi kebebasan dan untung
hasil daripada perjuangan orang lain. Seterusnya kisah seorang wartawan yang
menghidapi penyakit “leukemia” tetapi masih setia melaporkan berita
tentang orang dan peristiwa. A.Samad Said menimbulkan persoalan pada pembaca
apabila tiba-tiba watak wartawan bertanya apa yang harus dilakukan terhadap
dirinya kerana seseorang sentiasa terlupa bahawa ada yang lebih penting yang
perlu dilakukan untuk memberikan isi kepada hidupnya sendiri. Kisah ketiga
tentang seorang wanita yang menjadi pendendam kepada golongan lelaki setelah
beberapa kali ditipu dan dinodai oleh janji lelaki. Di sini dapat dilihat
pemikiran A.Samad Said untuk melahirkan pertanyaan kepada pembaca bahawa apa
sebenarnya yang dicari oleh wanita tersebut? Cinta atau dendam.?
Walau
bagaimanapun, A.Samad Said telah mewujudkan perkaitan antara ketiga-tiga latar
belakang ini dengan menyelinapkan kisah-kisah antara satu sama lain (A.Samad Said, 1979). Pejuang
kemerdekaan tiba-tiba bertemu wartawan dan wartawan tiba-tiba berbaik dengan
wanita pendendam. Pejuang tua akhirnya bersedia untuk mengembara bagi
menyaksikan sendiri tanah air yang pernah diperjuangkannya, dia berhak untuk menyedut
udara kemerdekaan itu dengan bangganya. Bagi wartawan pula, ia menemui
kesedaran baru bahawa dia terlalu lama terjerat dalam satu keadaan yang
memaksanya menjadi pelapor. Dia perlu mengisi hidupnya dengan nilai yang lebih
bermakna lagi.
Namun,
hanya wanita pendendam sahaja A.Samad Said membiarkan penyelesaiannya
tergantung. Dapatkah wanita pendendam mencari kebahagiaan hidup sekiranya dia
secara terus-terusan membalas dendam terhadap lelaki.? Secara keseluruhan tiga
kisah ini akhirnya menemukan satu titik pertemuan yang menimbulkan persoalan
falsafah terhadap diri pembaca.
No comments:
Post a Comment