BIOGRAFI PENGARANG:
A.SAMAD SAID
Dunia atau khususnya
negara Malaysia sememangnya tidak asing lagi dengan nama A.Samad Said. Nama ini
pernah mengharumkan nama Malaysia di persada dunia kerana cukup terkenal
sehingga kini. A.Samad Said atau nama sebenar beliau Abdul Samad Bin Muhammad
Said merupakan Sasterawan Negara yang keempat. Beliau dilahirkan pada 9 April
1935* di Kampung Belimbing Dalam, Durian Tunggal, Melaka. Pada usia yang begitu
mentah iaitu seawal 6 bulan, beliau telah berpindah dan menetap di Kota
Singapura. Kini, beliau sedang menetap di Bangsar, Kuala Lumpur. Beliau
menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Kota Raja, Monk’s Hill School,
Singapura. Selepas itu, beliau melanjutkan pelajaran di Victoria Institution
dan Betty Secondary School (Awang Abdullah, 2001).
Sejak
menceburkan diri dalam dunia penulisan pada tahun1953, A.Samad Said mencuba
segala genre kesusasteraan seperti puisi, cerpen, drama, esei dan novel
(dewasa dan kanak-kanak). Karya-karyanya terkumpul dalam Liar di Api (cerpen dan sajak), Daun-daun Berguguran (cerpen dan sajak, bersama Salmi
Manja), Debar Pertama (cerpen), Di Mana Bulan Selalu Retak (drama), Ke Mana Terbangnya si
Burung Senja (cerpen dan
drama TV), dua kumpulan sajak: Benih
Harapan dan Daun Semalu Pucuk Paku, Tema dan Tugas Sastera Melayu Moden (esei, bersama Usman Awang) dan Warkah Kepada Salmi Manja (surat-surat). Novel-novelnya pula Salina, Sungai Mengalir Lesu, Bulan Tak
Bermadu di Fatehpur Sikri, Di Hadapan Pulau dan Langit
Petang. Dalam menghasilkan pelbagai genre kesusasteraan, A.Samad Said
sering menggunakan nama pena Hilmy Isa, Isa Dahmuri, Jami Kelana dan nama
A.Samad Said.
Walau
bagaimanapun, A.Samad Said pernah menjadi kerani di Hospital Besar Singapura
sebelum bertugas di beberapa akhbar seperti Fikiran
Rakyat, Utusan Melayu dan Berita Harian. Setelah melibatkan diri dalam bidang
kesusasteraan, beliau telah berjaya meraih pelbagai anugerah hasil daripada
pejuangannya dalam meningkatkan mutu kesusasteraan di mata dunia. Pada tahun
1976, A.Samad Said telah menerima Anugerah
Pejuang Sastera sebelum
menerima anugerah Panel
Anugerah Sastera pada tahun
berikutnya. Pada tahun yang sama iaitu 1979, beliau telah mendapat anugerah Hadiah Penulisan Asia Tenggara
(S.E.A Write Awards) sebagai
penghargaan terhadap hasil penulisan beliau yang amat baik.
Seterusnya
pada tahun 1985, beliau telah mendapat anugerah setimpal dengan kelayakan dan
hasil usaha beliau untuk menghasilkan pelbagai genre kesusasteraan yang dapat
diterima umum sehingga dinobatkan sebagai Sasterawan
Negara keempat pada tahun
1985. Kegemilangan beliau tidak berakhir pada tahun 80-an sahaja, malah lebih
diberi penghormatan oleh dunia apabila beliau berjaya menerima Anugerah ASEAN pada tahun 1993 dalam kategori
sastera. Sehubungan itu, penglibatan dan sumbangan beliau kepada bidang
kesusasteraan Melayu secara berterusan di Malaysia telah diberi penghormatan
daripada Yang di-Pertua Negeri Melaka apabila diberi gelaran "Datuk."
How do I make money from playing games and earning
ReplyDeleteThese are the three most popular forms of gambling, and are explained in nba매니아 a https://octcasino.com/ very gri-go.com concise and concise manner. The most common forms of herzamanindir.com/ gambling หารายได้เสริม are: