KREATIVITI A.SAMAD SAID
DALAM MENGHASILKAN NOVEL LANGIT PETANG
Dalam menghasilkan novel Langit Petang, A.Samad Said
mengatakan bahawa beliau ketika itu dirundung gelisah dan perasaan tidak selesa
pada mulanya. Beliau diberi masa selama dua minggu untuk menyiapkan tiga buah
cerpen. Pada ketika itu, beliau tinggal di kawasan setinggan yang sangat sempit
dan gelap. Tambahan pula, ketiadaan mesin taip telah menambahkan lagi kebuntuan
beliau dalam menghasilkan cerpen yang diminta. Beliau terpaksa menulis
menggunakan tulisan tangan demi menyiapkan kerjanya. Namun, dengan jiwa penulis
yang kian bersemangat telah membuatkan dia terus menulis cerpen walaupun penat
dan letih menggunakan tangan. Tiba-tiba dia mendapat satu idea untuk
menggabungkan ketiga-tiga cerpen itu menjadi sebuah novel. “Saya meneliti dan
menyaring semula segala isi yang telah pun ada; memulakan rangka baru, menyusun
bab-bab yang perlu, menyelang-selikan ketiga tokoh penting dalam
persekitaran-persekitaran tertentu. Kerana segalanya telah pun sedia ada,
masalahnya cuma masalah menyusunnya secara lojik, dan ini dapat diselesaikan
dalam sehari. Pada pagi keempat saya sudah menulis Langit Petang-menulisnya
dengan tulisan tangan.!” (A.Samad Said, 1979). Walau bagaimanapun, tulisan
tangan tersebut tetap ditaip semula untuk diberikan kepada pihak penerbitan
setelah beberapa kali dibaiki penulisannya sehingga menghasilkan sebuah novel
yang menarik.
Selain itu, karya ini juga telah diadaptasikan kepada filem dan dilakonkan oleh pelakon, Azean Irdawaty. Filem ini sebuah melodrama yang mempunyai unsur "perjuangan tanah" yang di ambil daripada novel A.Samad Said. Di samping itu, novel ini juga dicetak semula oleh Lejen Press. Syarikat penerbitan ini telah memaklumkan hal tersebut di media sosial pada hujung Januari 2016. Walau bagaimanapun, mereka mendapati bahawa novel tersebut sudah habis ditempah sebelum mereka menjualnya kepada kedai-kedai buku. Cetakan pertama yang dikeluarkan mencecah 3000 naskah dan telah habis dijual. Novel ini dijual pada harga RM20.00 senaskah. Menurut Pengurus Urusan Lejen Press, Aisamuddin Asri, cetakan semula ini merupakan keperluan untuk karya besar dicetak semula dan generasi muda perlu menjadikan karya besar A.Samad Said sebagai salah satu bahan bacaan mereka agar nama A.Samad Said tidak lekang dek zaman.
Kesimpulannya, A.Samad Said merupakan salah seorang sasterawan yang mempunyai daya pemikiran yang tinggi sehingga mampu menghasilkan karya-karya yang dapat membuka mata pembaca dan memahami liku perjalanan hidup beliau.
Kesimpulannya, A.Samad Said merupakan salah seorang sasterawan yang mempunyai daya pemikiran yang tinggi sehingga mampu menghasilkan karya-karya yang dapat membuka mata pembaca dan memahami liku perjalanan hidup beliau.
No comments:
Post a Comment